Thursday 2 March 2017

Guru Selamatkan Rakan Sejawat Cuba Terjun Bangunan di Putrajaya

loading...


PUTRAJAYA - Seorang guru berjaya diselamatkan rakan sekerjanya selepas dipercayai cuba terjun dari tingkat empat bangunan sebuah sekolah di sini, pagi tadi. (1 Mac)


Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, tindakan guru berusia lingkungan 30-an berjaya dipatahkan selepas dihalang dan dipujuk seorang guru lain.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira jam 10.19 pagi.
Sebuah jentera bersama 11 anggota bomba serta  dua Anggota Penyelamat dan Paramedik dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Guru berkenaan dipercayai mempunyai masalah kesihatan dan tekanan perasaan. Dia cuba untuk terjun dari tingkat empat bangunan utama sekolah ketika sesi pembelajaran berlangsung.
“Bagaimanapun dia berjaya diselamatkan selepas dipujuk seorang guru lain semasa anggota tiba di lokasi,” katanya anggota mengawal keadaan dan bersedia di tingkat empat kerana khuatir guru tersebut bertindak agresif.



Guru berkenaan yang berjaya ditenangkan dibawa ke bilik rehat sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan susulan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian.
Menurutnya kejadian disedari seorang guru wanita yang ternampak guru lelaki berusia 32 tahun itu duduk di balkoni tingkat empat sebuah blok bangunan sekolah kira-kira jam 10.20 pagi.
Katanya, kakitangan sekolah menghubungi talian kecemasan 999 sebelum sebuah kereta peronda polis dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Guru yang sudah berkahwin namun belum mempunyai cahaya mata terbabit berjaya diselamatkan selepas hampir 30 minit dipujuk guru lain.
"Hasil pemeriksaan awal guru berkenaan sudah berkhidmat dalam profesion perguruan sejak enam tahun lalu,"katanya laporan polis dibuat doktor  Hospital Putrajaya.
Kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri.


EmoticonEmoticon