Wednesday 15 March 2017

Utusan minta maaf pada Guan Eng di mahkamah



 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menang saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd susulan artikel di Utusan Malaysia pada 20 Ogos tahun lalu.

Utusan memohon maaf dalam penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang hari ini susulan penyiaran artikel bertajuk "Guan Eng tarik balik saman Shaik Hussein".

Akhbar Umno itu juga akan memberikan pampasan kepada Lim, yang jumlahnya tidak didedahkan, susulan penyiaran artikel yang didakwa “diputar belit” itu.

Pegawai undang-undang Utusan Siti Norzulaikah Ibrahim membacakan permohonan maaf itu di mahkamah.

Permohonan maaf itu menyebut Lim telah menarik balik saman terhadap Shaik Hussein Mydin tiga tahun lalu selepas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang itu sedia menarik balik dakwaan rasuah terhadapnya tanpa syarat.

Utusan meminta maaf atas kesilapan fakta dalam laporan itu.

Shaik Hussein mendakwa Lim terlibat amalan rasuah dalam satu rundingan tanah yang dinafikan keras setiausaha agung DAP itu.

Peguam Lim, Simon Murali, berkata permohonan maaf itu akan disiarkan di halaman kedua Utusan Malaysia dalam tempoh tujuh hari.

Lim sebelum ini tidak berpuas hati dengan laporan Utusan yang menyebut beliau menarik balik saman terhadap Shaik Hussein tanpa syarat.
“Sebenarnya saya lakukan tindakan itu selepas dia tarik balik dakwaan rasuah terhadap saya,” kata Lim kepada pemberita di luar mahkamah.

“Apabila Shaik Hussein tarik balik dakwaan rasuah terhadap saya, ia tidak dilaporkan Utusan Malaysia, saya gembira dapat bersihkan nama saya daripada dakwaan rasuah oleh pemimpin Umno.”

Tuesday 7 March 2017

Majlis pemberian BR1M Batu Gajah Kecoh, Rakyat Marah diperlakukan Seperti Pengemis, Ada Jatuh Pengsan


BATU GAJAH, 6 MAC: Majlis pemberian baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini hari ini berlangsung dalam keadaan kucar-kacir apabila ribuan penerima termasuk golongan kurang upaya dan warga emas terpaksa bersesak dan beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan baucer itu.

Hasil pemantauan Pemuda Parti Amanah Perak, kekecohan tersebut dikatakan terjadi akibat proses penyerahan yang dijalankan secara tidak sistematik dan teratur.



Seorang warga emas berteduh di bawah pokok kerana letih terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan baucer BR1M.

Malah, pegawai urus setia yang bertugas tidak dapat menampung jumlah yang hadir.

“(Turut) berlaku kekecohan apabila masing-masing ‘bersaing’ untuk mengambil baucer tersebut hingga ada yang pengsan akibat suasana kurang selesa. Ramai yang tidak mampu menahan kemarahan disebabkan sistem pemberian yang sangat mengecewakan.

“Golongan warga emas dan kurang upaya terpaksa berpanas berjam-jam hanya untuk mendapatkan baucer tersebut,” ujar Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Perak, Muhammad Faeez Azahar.

Menurutnya, suasana di majlis yang diketuai Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Wira Yusoff Kassim itu tidak ubah seperti pasar malam disebabkan tindakan tidak profesional penganjur.


Ahli Parlimen Batu Gajah merangkap Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar ketika dihubungi Roketkini berkata, terdapat sekumpulan individu terutama warga emas telah datang ke pusat khidmatnya untuk mengadu berkenaan majlis tersebut.

Mereka mendakwa tidak mampu untuk terus menunggu di majlis itu berikutan suasana sesak yang menyebabkan mereka hampir pengsan, justeru meminta nasihat dari Timbalan Pengerusi DAP Perak itu berhubung penerimaan BR1M.

“Bagi saya, tak boleh begini. Apa gunanya jika rakyat mengisi nombor akaun mereka di dalam borang BR1M, malah terpaksa melalui proses yang lama, jika ia akhirnya diedarkan secara manual?” soalnya.

Sivakumar pada masa sama turut membidas pengedaran wang BR1M yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.

“Wang BR1M ini wang kerajaan yang datang dari cukai yang dibayar rakyat. Bukan duit dari BN. Jadi apa kena-mengena dengan BN?

“Mengapa pemimpin-pemimpin BN pula yang mengedarkan wang itu kepada penerima? Ini sudah boleh dikira sebagai salahguna kuasa oleh pemimpin BN yang bertindak sebagai orang ketiga mengedarkan wang kerajaan,” ujarnya.

Sivakumar berkata, BN seolah-olah cuba memancing undi dari rakyat dengan menggunakan BR1M, lebih-lebih lagi terdapat logo parti-parti BN dalam surat jemputan untuk penerima bantuan ke majlis itu.

“Jika wang itu dimasukkan terus ke akaun, masalah seperti di majlis itu tidak akan wujud. Namun, niat mereka ini tak baik. Jadi akhirnya timbul pelbagai masalah yang menyusahkan rakyat,” tegasnya. – Roketkini.com

Tags : ahli parlimen batu gajah, muhammad faeez azahar, pemberian BR1M, pemuda amanah perak, rakyat pengsan, timbalan pengerusi dap perak, UMNO Batu Gajah, v sivakumar

Ada Lesen Perniagaan SSM Tidak Layak Menerima BR1M...?

Benarkah Ada Lesen Perniagaan SSM Tidak Layak Menerima BR1M...?


Semalam kecoh di media sosial, ada yang tak berpuas hati, katanya mereka tidak dapat BR1M kerana mereka ada mendaftar perniagaan dan nama mereka itu di record dalam sistem SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)...

Kalau benarlah, mereka-mereka ini dinafikan hak mereka untuk menerima BR1M dek hanya kerana berdaftar dengan SSM maka pada pandangan aku, kerajaan kena xplain betul-betul kepada rakyat kenapa kerajaan buat macam tu...

Untuk pengetahuan korang, bukan semua yang daftar perniagaan di SSM tu benar-benar berjaya dan ada perniagaan yang untungnya puluhan ribu sebulan, ada yang hanya meniaga bermusim seperti meniaga kuih raya, ada yang meniaga tudung dan lain-lain secara online yang keuntunganya sekadar cukup makan dan ada juga yang saja-saja gatal pi daftar buat SSM...

Harap kerajaan kaji balik la peraturan ni, naya la sapa tak BR1M tu, depa baru angan-angan nak booking iriz nak jadi pemandu uber untuk tambahkan lagi pendapatan...

Sunday 5 March 2017

DiSaman Gara-gara Visor Helmet Gelap

Aduan WhatsApp.
Sapa ada pengalaman macam dia neh
👇👇👇👇

*Aku baru sahaja melalui road block PDRM dan disaman atas sebab kononnya mnggunakan visor gelap pada helmet... bukan aku je yang kena... tapi ramai lagi.. yang sangat aku kesian bila tengok orqng balik kerja, buruh-buruh pakai motor buruk pun kena... dah dekat 8 tahun aku pakai visor nie baru sekarang kena saman... sebelum ini berpuluh kali lalu roadblock ok je lepas... cenggini lah, kalau aku cerita sebab apa pakai visor gelap, silau bila siang sebab matahari, silau sebab malam kereta pakai lampu putih macam haram, maybe aku salah dan tak diterima... aku cuma nak cakap... kepada pemimpin Malaysia yang baca ini, kalau rasa tak ada duit tak payah BAGI BRIM LEPAS TU KUTIP BALIK... tak payah nak kejar sangat jadi negara maju kalau menyusahkan orang... negara yang membangun pun dah cukup... kesiankan buruh-buruh yang aku cakap tadi.. badan kotor-kotor main batu main simen untuk lekatkan sebiji bata yang akhirnya jadi tempat gah untuk datok-datok sekalian, basah kuyup kena hujan dengan motor yang dah nak luruh kebumi tu... kalau ulang kalau tak mampu bagi jangan berlagak boleh bagi lepas tu kutip balik*
*#mohon viral*

*#harap sampai*
Sumber : WhatsApp


Kerajaan Rugi RM500 Juta Beri Subsidi Minyak Masak?


Untuk menghalalkan proses ko nak tarik subsidi minyak masak dari rakyat, ko reka cerita kononnya Kerajaan rugi RM500j setahun sebab kegiatan penyeludupan minyak masak di sempadan negara.


Kenapa kau nak menjadikan 62 juta orang rakyat Malaysia sebagai mangsa atas KEGAGALAN KAU MENANGANI KEGIATAN PENYELUDUPAN DI SEMPADAN?

Apa susah sangat ke nak atasi masalah penyeludupan di sempadan ni sehinggakan penyelesaiannya di klasifikasikan sebagai mustahil???

Ke kau pun ada syer komisyen makan bulan dgn kartel penyeludup?

Kau dah boleh keluarkan angka RM500 juta tu bermaksud kau dah tahu dah banyak mana minyak yg di seludup.

Ko dah tau dah keperluan rakyat Malaysia utk minyak masak hanya 40 ribu tan sebulan, abis tu yg ko bangang sangat pegi bayar subsidi utk 85 ribu tan minyak masak tu APAHAL????

Hadkan pengeluaran bulanan kpd 40 ribu tan sebulan je dah la.

Ko sendiri tolong bagi subsidi lebih pastu ko bising krjn rugi

Tiada istilah lain utk kamu melainkan kebodohan.

Pemberian BR1M Perlu Dikaji Semula Supaya Penyokong Pembangkang Tak Dapat



Semakin hari, keadaan politik di Malaysia semakin menampakkan belangnya.Kali ini, kenyataan Shafei Abdullah, perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan menggesa Putrajaya mengkaji semula pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang turut menerimanya.

Kami memang langsung tidak bersetuju dengan kenyataan ini.Inilah sebenarnya corak pemikiran politik yang perlu dielakkan.Tak perlu kami nak ulang banyak kali.Duit cukai rakyat bukan duit UMNO,PKR ataupun PAS dan DAP!

Hak rakyat, semua rakyat berhak dapat.Tidak kira apa fahaman politik mereka sekalipun.Tapi, bila ada kenyataan-kenyataan begini, kami rasa sangat kecewa.Adakah ini menjadi kebiasaan kepada satu-satu parti pemerintah memikirkan duit hasil dari cukai dan pendapatan negara adalah milik parti pemerintah?

Pemerintah dipilih untuk menguruskan pebelanjaan, pentadbiran dan juga kebajikan rakyat.Itu sebenarnyafungsi sesebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Anda sebagai rakyat Malaysia, bersetujukah dengan pendapat perwakilan UMNO di atas?




P.S. kalau macam itu, cukai dari penyokong pembangkang, kerajaan jangan ambil.Baru adil dan saksama.

Saturday 4 March 2017

Tinted Gelap, Denda RM4,000 & Penjara 12 Bulan



Bagi pemilik kenderaan yang masih degil melanggar undang-undang dan terus membiarkan tahap cermin gelap melebihi had akan berhadapan dengan denda yang cukup tinggi dan penalti di bawah akta undang-undang yang digazetkan awal bulan ini, disahkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi The Sun.

Peraturan baharu berhubung cermin gelap pada ini diletakkan di bawah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2016 yang lebih diperketatkan berbanding peraturan 1991.

Pindaan peraturan ini telah pun mula dikuatkuasakan sejak 6 Februari lalu, pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan pertama, manakala pesalah yang mengulangi kesalahan tersebut akan didenda sehingga RM4,000 atau 12 bulan penjara, atau kedua-duanya.

Peraturan sebelum ini hanya mengenakan denda sebanyak RM500 atau dua minggu penjara bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan berikutnya didenda sebanyak RM1,000 atau hukuman penjara tidak sebulan tidak melebihi satu bulan.


Satu-satunya perubahan ketara di bawah peraturan 2016 ialah tahap lut cahaya yang minimum bagi cermin depan atau kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) untuk cermin sisi dan belakang ditetapkan sebanyak 30%.

Sebelum ini, tahap minimum bagi VLT untuk cermin hadapan kekal 70%, sementara cermin sisi (tempat pemandu dan penumpang di sebelah pemandu) kekal pada 50%.

Dengan peraturan baharu yang telah digazetkan ini, difahamkan pihak polis akan memburu dan menahan pemilik kenderaan yang menerima notis amaran sejak November 2014.

Menurut Liow, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program advokasi bagi peraturan baharu cermin gelap ini.

“Buat setakat ini tiada operasi khas. Undang-undang ini telah termaktub dan orang ramai perlu mematuhinya sepanjang masa,” ujar Liow.

Manakala Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad pula berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan yang berbeza untuk mengingatkan orang ramai tentang peraturan baharu cermin gelap ini.

“Kita akan meminta para pemilik kenderaan terbabit supaya mematuhi peraturan baharu ini dan akan memberikan masa bagi mereka menanggalkan lapisan cermin gelap yang melanggar undang-undang ini,” ujar Ismail. - PAULTAN
Reporter

Rakyat Diingatkan Jangan Ambil Risiko Tukar Kerajaan BN




KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak mengambil risiko dengan menukar kerajaan sedia ada yang diperintah oleh Barisan Nasional pada masa ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan.

"Semua bangsa, tanya diri anda apa yang kita dapat hari ini? Semuanya kerana kerajaan yang kukuh sekarang.


"Kita tidak ingat semua itu, kita ambil mudah. Kadangkala kaum Cina ambil mudah kononnya nak tukar/ubah kerajaan, tetapi saya nasihatkan jangan ambil risiko," katanya Tengku Adnan atau Ku Nan.

"Nenek moyang kita pada masa dahulu telah membuat satu plafform di mana kepelbagaian agama dan bangsa sebagai kekuatan kepada perpaduan negara ini.

"Kita mesti bersatu padu. Cina, India, Melayu, Kadazan, Iban walaupun beragama Kristian, Buddha, Muslim, kita mesti sentiasa bersama. Itu yang paling penting," katanya.

Harga Minyak akan diumumkan setiap minggu mulai April 2017

 

HARGA siling minyak akan diumumkan setiap minggu bermula pada bulan April depan kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin.

Katanya, penetapan harga siling minyak akan diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding sekarang di mana harganya diumumkan sekali dalam sebulan. Dakwanya lagi ini membolehkan pengguna untuk mengetahui harga terkini bagi mengelakkan kekeliruan.



"Secara realiti, apa yang dilakukan oleh saya dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani ialah untuk memastikan orang ramai tahu apa yang telah ditetapkan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia," katanya.

"Terpulang kepada setiap peniaga stesen minyak untuk bekerjasama dengan persatuan dan memastikan tidak ada yang tertinggal dengan konsep yang mahu kita laksanakan," tambahnya lagi

Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Larut dilapor berkata demikian kepada wartawan pada hari Sabtu, 4 Mac 2017 selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG Sekolah Kebangsaan Bagan Baru.

Menjelaskan lebih lanjut, Hamzah berkata, satu notis pemberitahuan tentang harga siling minyak akan diletakkan di semua stesen-stesen minyak seluruh negara bagi membolehkan para pengguna mengetahui kadar naik turun harga minyak.

Ditanya mengenai permintaan Persatuan Pengusaha Minyak Perak kepada kerajaan agar tidak mengenakan mekanisma harga siling, menurut Hamzah kementeriannya telah mengadakan perbincangan tentang perkara itu pada hari Jumaat.

"Mereka minta sedikit tambahan dari aspek margin (keuntungan) yang telah diberikan kepada mereka.

"Pihak kerajaan akan mempertimbangkan permintaan mereka di dalam membuat keputusan sama ada bersetuju atau pun tidak," tambahnya lagi.


Read more: MiloSuam

Tuhan Tidak Pernah Suruh Naik atau Turunkan Harga Barang

Pihak Yang Menaikkan Harga Barang Adalah Individu Yang Tidak Percaya Kepada Tuhan

KUALA LUMPUR - Tuhan tidak pernah menyuruh sesiapa menaikkan atau menurunkan harga barang, demikian jawapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di parlimen hari ini.

"Saya nak beritahu, Tuhan tidak pernah menyuruh sesiapa naik harga atau turun harga barang. Mana-mana pihak yang menaikkan harga barang adalah individu yang tidak percaya kepada tuhan.


"Yang masalahnya sekarang, mereka yang tidak percaya pada Tuhan akan selalu menaikkan harga, yang percaya pada Tuhan selalunya akan mengikut amalan-amalan yang beretika dan tidak akan naikkan harga," katanya.

Hamzah berkata demikian, menjawab soalan Tan yang bertanya apakah harga barang yang naik merupakan 'ketentuan Tuhan'.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong)  yang bertanya sama ada harga barang yang naik merupakan 'ketentuan Tuhan'.

Terdahulu, Exco Pemuda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya, pada September 2013 pernah menyatakan bahawa harga barang naik adalah ketetapan Allah,