Thursday 2 March 2017

Baucer BR1M 2017 Kena Ambil di pejabat MCA

loading...

 

SEBELUM ini penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M telah berulang kali menerima wang secara terus ke dalam akaun bank masing-masing.

Tapi kali ini, gara-gara nak dekat pilihanraya walaupun sudah mengemaskini nombor akaun melalui laman web, mereka terpaksa berbaris pergi ke pejabat ahli politik Barisan Nasional (BN) untuk menerima bantuan berkenaan.

Antara pejabat yang dimaksudkan ialah Pejabat MCA Ipoh Timur di Perak. Penerima BR1M yang gagal hadir ke majlis penyerahan baucar terpaksa datang ke Pejabat MCA untuk mengambilnya.

Difahamkan penerima BR1M bagi Parlimen Ipoh Timur telah menerima surat pemberitahuan untuk mengambil baucer BR1M dalam satu majlis yang akan diadakan pada 16 Mac 2017 di sebuah dewan, dan tentu sekali ahli politik MCA akan menyerahkan baucar tersebut.



Sebelum terima baucer, macam biasalah, tentu mereka terpaksa mendengar ceramah daripada ahli politik MCA.

Namun jika mereka tidak dapat hadir ke majlis tersebut, baucer BR1M boleh diambil di pejabat MCA selepas tarikh berlangsungnya majlis tersebut.

Ini maknanya penerima BR1M 2017 di tempat lain juga dijangka akan melalui proses sama bagi mendapatkan baucer. Anda terpaksa pergi ke pejabat ahli politik Barisan Nasional untuk mengambil BR1M.

Kalau nak dapat BR1M cepat, terpaksalah dengar ahli politik BN membebel di atas pentas terlebih dahulu sebelum baucer BR1M diserahkan kepada penerima yang layak.

Penerima BR1M kebanyakannya adalah orang susah, pendapatan di bawah RM3,000 sebulan yang juga boleh dikategorikan sebagai golongan miskin. Mereka terima bantuan BR1M kerana mereka susah.

Tapi kerana nak dapatkan keuntungan politik (political mileage), ahli politik BN sanggup menyusahkan penerima-penerima BR1M untuk mengambil baucer bagai.

Sumber — Thomas Su


Read more: MiloSuam


EmoticonEmoticon