Wednesday 1 March 2017

PDRM Guna Kereta BMW?

loading...


Kini tersebar dalam kumpulan WhatsApp dan media sosial yang lain, yang menggambarkan beberapa buah kereta BMW di tempat letak kereta dengan perkataan ‘POLIS’ terpampang di pintu, dan lengkap dengan bar cahaya.

Adakah BMW Group Malaysia menjadi pembekal kereta BMW kepada Polis Diraja Malaysia?

Ketua komunikasi Korporat BMW Group Malaysia Sashi Ambi, melalui temu bual telefon, berkata kereta tersebut sedang disediakan untuk program Le Tour de Langkawi (LTdL).

“Kereta-kereta tersebut adalah sebahagian daripada 200 kenderaan yang kita hantar Le Tour De Langkawi. Selepas majlis itu, kereta tersebut akan digunakan untuk program tempatan di seluruh Malaysia,” katanya.

BMW Group Malaysia telah dilantik sebagai rakan automotif rasmi untuk acara tahun ini. Ini telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LTdL Emir Abdul Jalal minggu lalu di satu majlis.


Emir berkata beliau gembira BMW Group Malaysia sebagai Automotive Partner rasmi untuk pertandingan pada tahun 2017.

Le Tour de Langkawi 2017 akan muncul sebagai sukan berbasikal di peringkat tertinggi di rantau ini, dan BMW Group Malaysia teruja dengan peluang bekerjasama dengan mereka.

“Kami juga amat berbesar hati untuk menjadi Penaja jersi putih untuk pertandingan tersebut. White Jersey adalah anugerah pelumba terbaik Asia yang menunjukan penemuan bakat dan wira tempatan atau serantau dalam sukan ini,” katanya.


EmoticonEmoticon