KEBELAKANGAN ini sering kita dengar peniaga-peniaga negara jiran sudah tidak mahu menerima mata wang Ringgit Malaysia (RM) berikutan kejatuhan teruk mata wang itu berbanding Dolar Amerika (USD) selain nilainya yang tidak stabil menyebabkan mereka tidak mahu menyimpan matawang RM.
BACA — Peniaga Thailand tak mahu terima Ringgit Malaysia
BACA — Peniaga jual kuih guna matawang Yuan di Forest City
BACA — Pengurup Wang Tokyo tak mahu terima matawang RM
Berita terbaru yang sedang hangat tersebar di media sosial kali ini lain pula ceritanya. Difahamkan pihak pengurusan teksi di Johor Bahru pula tidak mahu para pemandu teksi menerima bayaran tambang dalam matawang RM.
Pihak pengurusan Terminal Teksi Johor Bahru Ke Singapura dalam satu surat pemberitahuan yang telah tersebar ke media sosial bertarikh 27 Februari 2017, meminta semua pemandu teksi untuk mengenakan tambang dalam mata wang Dollar Singapura (SGD).
Surat yang ditujukan kepada semua pemandu teksi Johor Bahru ke Singapura itu mendakwa pihaknya telah membuat keputusan dan dipersetujui oleh kesemua 195 pemandu teksi.
Berdasarkan keputusan itu, bermula 1 Mac 2017 orang ramai yang menggunakan perkhidmatan teksi dari Johor Bahru ke Rochor, Singapura dikehendaki membayar tambang dalam matawang Singapura sebanyak SGD12.00 setiap orang bagi 4 penumpang atau SGD48 untuk satu teksi.
Menurut surat itu lagi, perlaksaan tersebut dibuat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul berkaitan perkhidmatan teksi Johor Bahru Singapura.
Read more: MiloSuam
EmoticonEmoticon