Saturday, 4 March 2017

'Saya Memang Pengampu Najib, Salah Ke?'




KUALA LUMPUR - "Saya memang pengampu Najib, sebab dia adalah presiden parti saya. Tak kisahlah apa orang nak kata kerana pada zaman Tun Mahathir Mohamed dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi presiden parti, saya tetap mengampu mereka," demikian pengakuan Datuk Seri Nazri Aziz, lapor Malaysia Gazette.

Menjelaskan lebih lanjut, Nazri memberitahu bahawa mengampu yang dimaksudkan itu bukanlah untuk sesuatu yang salah tetapi untuk membela Datuk Seri Najib Razak.


"Najib adalah pemimpin saya dan hubungan kami sangat akrab. Jadi, takkanlah saya nak berdiam diri bila ada orang yang menghina atau mencaci dia?

"Selain sebagai kawan, saya juga hormat beliau sebagai presiden UMNO yang mana saya juga adalah salah seorang ahli majlis tertinggi.

"Saya terima saja apa yang orang nak kata tentang saya. Tetapi ingat, bukan Najib sahaja yang saya ampu, malah sebelum ini juga Mahathir dan Abdullah juga saya bersikap serupa ketika mereka menjadi presiden parti," katanya.

Tambah Nazri lagi, selaga apa yang dilakukan olehnya itu tidak menggugat kestabilan parti, dia akan terus dengan sikapnya dan pendiriannya.

4.1 juta rakyat Malaysia layak undi belum daftar: SPR


 
4.1 juta rakyat Malaysia layak undi belum daftar: SPR Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah bersama Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Benyamin Ismail (kiri) dan Pengarah Urusan Sifufbads, Jamaluddin Bahari (kanan) pada pelancaran kempen' Jom Kita Daftar Undi' hari ini. -
SHAH ALAM - Sejumlah 4.1 juta rakyat Malaysia yang layakmengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata, jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.

Disebabkan itu, katanya SPR kini mengambil langkah bekerjasama dengan pihak swasta bagi menganjurkan pelbagai program dalam menarik minat rakyat untuk berdaftar sebagai pengundi terutama kepada golongan sasar.


"Berdasarkan statistik terkini itu, kira-kira 45 peratus daripada rakyat Malaysia adalah golongan muda dan lebih empat juta daripadanya tidak berdaftar sebagai pengundi dan ini adalah satu kebimbangan.

"Jika tidak berdaftar sebagai pengundi, tidak guna bercakap di media sosial (berkaitan situasi politik negara), kalau apa yang dicakapkan itu tidak diterjemah dalam bentuk undi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pendaftaran Pengundi di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf di sini, hari ini.

Jelas Mohd Hashim, antara faktor golongan muda tidak berdaftar sebagai pengundi adalah disebabkan mereka tidak memahami kepentingan kuasa rakyat ataupun tidak memiliki kemudahan di sekitar kawasan perumahan khususnya di luar bandar untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu beliau berkata, kempen selama tiga bulan akan digerakkan untuk mendekati rakyat yang belum berdaftar sehingga ke akar umbi bagi memberi kefahaman mengenai kepentingan menjadi pengundi.

"SPR akan tumpukan di kawasan yang rakyat sukar keluar untuk mendaftar pengundi seperti di luar bandar selain di pusat beli-belah di bandar-bandar utama. Usaha ini bagi memastikan lebih empat juta belum berdaftar itu dapat menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Mohd Hashim dalam pada itu meminta pengundi berdaftar supaya lebih serius dalam menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan keluar mengundi semasa pilihan raya diadakan.

Ini kerana katanya, peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya hanya mencapai sehingga 75 peratus dan tidak pernah mencecah 100 peratus atau lebih 90 peratus.

"Sebagai contoh semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, hanya 68 peratus sahaja yang keluar mengundi, .mana lagi baki 22 peratus. Disebabkan itu, kita kena serius dalam hal ini jika mahu menegakkan demokrasi di negara kita," katanya.

Kempen Pendaftaran Pengundi selama tiga hari di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf itu buat julung kali dianjurkan dengan usahasama dua badan swasta iaitu akhbar Sinar Harian dan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia X Berhad.

Menerusi kempen itu, Air Asia X Berhad menawarkan 1,100 tiket penerbangan percuma ke beberapa destinasi luar negara bagi rakyat yang berdaftar sebagai pengundi. - Bernama

Friday, 3 March 2017

RM2 juta dalam akaun peribadi anak pemimpin kanan politik Melaka pulak

 

MINGGU lalu kita dikejutkan dengan berita anak kepada salah seorang Exco Negeri Johor dan rakan-rakan sejenayahnya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat skandal penyelewengan tanah di negeri itu.

Turut dibekukan ialah 45 akaun milik suspek yang mengandungi simpanan sekitar RM15.5 juta serta 21 kenderaan mewah, 5 motorsikal kuasa tinggi dan sejumlah matawang asing dan tempatan bernilai RM500,000.

Aku dapat maklumat ada salah seorang anak kepada pemimpin politik kanan Melaka pula sedang disiasat pihak berkuasa berikutan terdapat sejumlah RM2 juta dalam akaun peribadi miliknya.

Dari segi logik akal manusia yang waras seperti aku dan para pembaca yang dihormati sekalian, tentu kita tertanya-tanya apakah kerja anak pemimpin itu, sampaikan boleh ada duit sebanyak RM2 juta dalam akaun peribadi?

Ahli Parlimen Bukit Katil Melaka, YB Shamsul Iskandar juga turut ada menimbulkan tentang perkara ini melalui 'tweet' terbarunya. Rujuk screenshot berikut.



Aku sudah diberitahu tentang identiti pemimpin politik tersebut, tapi tak mahu menyebutnya sekarang, kita tunggu pengesahan daripada pihak berkuasa.

Tidak hairanlah negara yang kecil seperti Malaysia ini jadi terkenal seluruh dunia kerana berada di tangga kelima dunia sebagai negara paling banyak kehilangan wang yang mengalir keluar secara haram.


Read more: MiloSuam

Jika Bagi BR1M Penuh Rakyat Mungkin Beli Iphone, Sebab tu Bagi Berperingkat - Ahmad Maslan.


 Jika Bagi BRIM Penuh Rakyat Mungkin Beli Iphone 6




Yeay.

Teruskan buat statement bongok. Keluarkan satu statement yang bijak tidak sesuai dengan diri anda pun wahai Ahmad Maslan.

WAKAKAKA..



Sambil menayangkan iPhone 6 barunya kepada kakitangan awam hari ini, Datuk Ahmad Maslan menerangkan pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibayar secara ansuran supaya ia tidak disalahgunakan untuk membeli barangan mewah seperti itu.

BR1M dinaikkan dari RM450 ke RM750 dan dari RM650 ke RM950 bagi isi rumah berpendapatan rendah dalam kategori berbeza mulai tahun depan, dan akan diberi secara ansuran, dan bukan sekaligus seperti sebelum ini.

"Kalau diberi sekaligus RM950, dan bukannya tiga kali ansuran pada Januari, Mei dan September, mungkin kita boleh lihat rakyat mula membeli telefon bimbit baru seperti iPhone 6," katanya.

Sambil berkata demikian, Timbalan Menteri Kewangan itu dengan bangga menunjukkan iPhone 6 baru miliknya yang katanya dibelikan oleh anaknya di London selepas menamatkan pengajian baru-baru ini. Ahmad ketika itu sedang berucap kepada kira-kira 200 kakitangan kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri di Cyberjaya.

Beliau kemudiannya mengulang kenyataannya sebelum ini bahawa bayaran BR1M cukup untuk menampung tiga bulan perbelanjaan isi rumah rakyat yang layak menerimanya.

-TMI-

- Dan kalau pun orang nak beli mengapa pula ia merupakan satu kesalahan?

- Duit yang dah sampai ke tangan rakyat adalah hak rakyat untuk belanjakan cara dorang.

- Kalau tak puas hati maka jangan la bagi BRIM lagi.

- Benda2 macam neh Ahmad Maslan tak payah sebut la.

- Budak2 bujang tue hah yang selalu dapat duit BRIM dan enjoy. Walaupun bukan semua orang.

- Family yang dapat mahupun warga emas dorang lebih banyak gunakan duit BRIM untuk keperluan ataupun melengkapkan dorang punya matlamat. Contohnya dalam simpanan ada 500. Tambah 300 mungkin boleh beli computer second untuk anak2 study ka. Ataupun repair kereta/motor rosak ka, ataupun apa2 aje la.

- Jangan la ko ingat orang (BRIM FAMILY + WARGA EMAS) yang dapat BRIM mesti beli beras dan blablabla tue.

- Hak kami nak belanja cara kami.

- Jangan sibuk. Baik kau sibuk cara budak2 bujang yang dapat BRIM lagi bagus. Siap ada yang beli tiket concert dan bangga2 update kat facebook lagi.

Sumber Soscili

Wanita Lahirkan 69 Anak Meninggal Dunia



SEORANG wanita dari Palestin yang dipercayai antara wanita paling subur di dunia, dilaporkan telah meninggal dunia. Ibu yang telah melahirkan 69 anak ini menghembuskan nafas terakhirnya di Gaza, minggu lalu. Namun nama dan identiti sebenar wanita itu tidak didedahkan media tempatan.

Berita sedih tersebut turut disahkan oleh suami wanita itu kepada agensi berita Gaza, Al-Ann, lapor stesen Al-Arabiya. Bagaimanapun, punca kematian ibu berusia 40 tahun itu tidak dinyatakan. Setelah berkahwin, wanita yang tidak diketahui namanya ini dikatakan telah melahirkan 16 kali bayi kembar, tujuh kali kembar tiga dan empat kali kembar empat.

Oleh itu, menjadikan kesemua anak yang telah dilahirkannya berjumlah 69 orang. Difahamkan, wanita ini bukanlah ibu pertama yang pernah melahirkan anak dalam jumlah ramai. Sebelumnya, seorang wanita dari Rusia bernama Vassilyeva juga telah melahirkan anak berjumlah 69 orang. Rekod kelahiran Vassilyeva turut tercatat dalam Guinness World Record.

Nilai ringgit susut antara punca harga gula naik


HARGA gula mulai naik sejak semalam iaitu daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram, naik sebanyak 11 sen!

Menurut laporan Oriental Daily, punca kenaikan ini adalah disebabkan peningkatan harga gula di pasaran antarabangsa, ditambah pula penyusutan nilai ringgit, sekali gus mendorong kos yang ditanggung kilang pengeluar gula tempatan turut meningkat.

Difahamkan, kenaikan ini telah diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Memetik laporan akhbar ini, Adun Bahau, Chew Seh Yong mendakwa, beliau telah menerima rungutan daripada orang ramai sejak awal pagi semalam bahawa harga gula telah naik sebanyak 11 sen sekilogram, iaitu daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

"Setelah mendapat penjelasan daripada pihak berkaitan, akhirnya memang disahkan pihak kerajaan telah setuju dengan kenaikan 11 sen sekilogram ini. Beberapa peniaga telah  menjual dengan harga terbaru ini, manakala ada pekedai runcit hanya akan naikkan harga selepas pengumuman dibuat kerajaan," kata Seh Yong kepada akhbar ini.

Menurut beliau, tidak kira membuat pengumuman atau tidak, kerajaan sepatutnya tidak meluluskan kenaikan harga gula ini kerana ia akan membebankan lagi kos hidup yang ditanggung oleh rakyat jelata ketika ini.

"Apa yang lebih mengecewakan kita ialah kenapa kerajaan tidak telus dalam mengendalikan harga runcit gula ini. Kerajaan terpaksa meluluskannya secara senyap-senyap tanpa memberitahu kepada orang ramai.

"Apabila berlaku keadaan seperti ini, sudah tentu akan menyebabkan pengguna rasa kurang senang hati malahan akan menyebabkan pasaran berada dalam kedudukan keliru," katanya.

Menurut Seh Yong, gula adalah salah satu barang keperluan penting kepada setiap orang dan setiap kali apabila berlaku kenaikan, ia pasti akan meningkatkan inflasi serta menjejaskan kos sara hidup rakyat.

"Adalah tidak bijak bagi kerajaan membenarkan kenaikan harga gula pada masa ini. Ia seolah-olah menyeksa rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang sebelum ini," katanya lagi.

Malaysia tangga ke 5 dunia paling banyak aliran keluar wang haram



NEGARA Malaysia hanyalah sebuah negara kecil, bagaikan habuk dalam peta dunia. Namun negara kecil ini terkenal di persada antarabangsa kerana berada di tangga ke lima pengaliran wang haram paling besar di dunia.

Perkara itu disahkan oleh badan pemantau Global Financial Integrity dalam laporan terkininya yang mendedahkan bahawa aliran keluar wang haram Malaysia menyebabkan negara ini kehilangan jumlah terkumpul US$418.542 bilion (RM1.86 trilion) dari tahun 2004 hingga 2014.



Malah pada tahun 2013 sahaja Malaysia sudah kehilangan sejumlah US$48.25 bilion (RM214.66 bilion). Punca aliran keluar wang haram itu pula dilaporkan daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah, dan aktiviti-aktiviti haram.

Kalau kita lihat, jumlah pengaliran wang haram yang merugikan negara ini untuk tahun 2013 sahaja sudah lebih 5 kali ganda jumlahnya berbanding cukai GST yang dikutip oleh kerajaan pada tahun 2016, iaitu jumlah kutipan melebihi sasaran sebanyak RM41.2 bilion.

Jika kerajaan pimpinan Najib serius me mbanteras pengaliran keluar wang haram, rakyat Malaysia tak perlu menanggung beban untuk bayar GST setiap hari.


Read more: http://www.milosuam.net/2017/03/malaysia-tangga-ke-5-dunia-paling.html#ixzz4aEQeBB76

Inilah 5 Jenis Makanan Orang Perempuan Kena Amalkan Untuk Elak Kanser Payudara





Boleh dikatakan bahawa kes wanita yang mengidap penyakit kanser payudara semakin meningkat pada masa kini. Tidak dinafikan jika penyakit kanser payudara merupakan penyakit turun temurun dalam genetik keluarga, tetapi usaha kita untuk mengelakkannya juga perlu agar risiko untuk terkena penyakit kanser payudara berkurang.

Kini penyakit kanser payudara juga tidak mengenal usia. Bahkan perempuan seawal 20an juga sudah ada yang didiagnos dengan penyakit kanser payudara apabila ia bermula hanya dengan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil cyst atau fibroid.

Salah satu faktor yang memainkan peranan dalam mengelakkan risiko penyakit kanser payudara adalah pemakanan. Cara pemakanan haruslah dititik beratkan agar diri sentiasa mengambil makanan yang sihat untuk menjamin kesihatan yang baik berpanjangan.

Ketahui lima jenis makanan yang membantu dalam mengelak penyakit kanser payudara bagi perempuan.


Sayur-sayuran berjenis cruciferous

Brokoli, kobis bunga, kobis cina, dan kobis merupakan sayuran cruciferous yang kaya dengan bahan-bahan anti-kanser. Sayuran jenis cruciferous mengandungi fitonutrien yang boleh menghentikan penularan sel kanser serta menahan sepenuhnya dari ia terjadi. Makan sayuran jenis cruciferous dalam rutin harian anda bersama minyak zaitun kerana ia juga dapat membantu penyerapan dalam badan dengan lebih pantas.

Limau gedang

Ia lebih dikenali sebagai grapefruit yang perkaya dengan bahan antioksidan membantu dalam mengelakkan adanya sel kanser dalam badan. Ianya juga kaya dengan vitamin C mengurangkan risiko kanser perut, kolon, esofagus, kelenjar, payudara dan servik.

Kacang tanah dan jem mentega kacang

Memakan kacang tanah atau jem mentega kacang boleh membantu dalam menguatkan sel pertahanan tubuh badan dari terkena penyakit kanser payudara kerana ianya kaya dengan vitamin E yang baik untuk tubuh badan.

Beri

Semua jenis buah beri merupakan sumber makanan yang paling bagus dalam menghindar penyakit kanser payudara. Raspberi, beri biru, strawberi dan cranberry merupakan agen yang bertindak lebih efektif dalam mengelak kanser.

Salmon

Kekurangan vitamin D dalam badan boleh mengundang kepada penyakit kanser kolon dan payudara. Vitamin D membantu dalam mengelakkan penularan sel kanser. Pengambilan salmon dalam makanan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser kerana salmon kaya dengan vitamin D.

Beratur Menunggu BR1M Terlalu Lama Di Perlis, Seorang Warga Emas Jatuh Sakit

Kaedah pemberian BR1M secara manual amat menyukarkan orang ramai.










Nik Amar Rasmi OBJ Trading - Beliau Nafi Terlibat, Soalnya Kenapa Timbalan Menteri Pun Boleh Kena Tipu?



Lebih dari 1,000 orang telah ditipu.

Perniagaan OBJ Trading dan Nik Amar menjadi kontroversi dalam 3,4 hari ini berikutan tentang satu kes penipuan yang membabitkan wang pelaburan dari orang ramai.


Kenapa kecoh-kecoh?

Kes ini bermula apabila perniagaan OBJ Trading menutup operasi perniagaannya secara tiba-tiba tanpa sebarang makluman kepada kakitangan syarikat (pekerja) dan juga para pelanggannya.

Rentetan dari sikap tidak bertanggungjawab pemilik perniagaan tersebut, orang ramai mula menyerang premis perniagaan itu pada akhir Februari lepas.

Info yang kami terima dari PSM Kelantan, seramai 40 orang pekerja OBJ Trading telah membuat laporan secara beramai-ramai di Jabatan Buruh Tenaga Kerja Kelantan pada 27 Februari yang lepas.

Ini kerana OBJ Trading tidak menjelaskan baki gaji tertunggak selepas operasi perniagaan ditamatkan. Pekerja yang menuntut bayaran gaji termasuk upah lebih masa melibatkan seramai 150 orang. Turut dimaklumkan kebanyakan dari mereka tidak menerima gaji bermula Januari 2017 yang lepas.


Dalam pada itu, wakil Jawatankuasa Bertindak Pekerja OBJ Teraniaya, Encik Muhd Basri Aziz berkata, tindakan pemilik yang menutup operasi perniagaan secara tiba-tiba menyebabkan pekerja terpaksa berhadapan dengan kemarahan pelanggan apabila dituduh bersubahat dengan pemilik syarikat bagi menipu wang pelanggan. Sedangkan pekerja turut sama menjadi mangsa penipuan pemilik syarikat. Oleh itu Jawatankuasa berharap agar pelanggan tidak menyalahkan pekerja dalam hal ini memandangkan kedua-dua kumpulan adalah mangsa keadaan.


Pemilik OBJ Trading ahli PAS tetapi tiada kaitan dengan PAS.


Turut tersebar dakwaan yang mengatakan OBJ Trading dimiliki oleh ahli PAS namun hasil semakan kami perniagaan tersebut sama sekali tiada kaitan dengan parti Islam itu. 

Bagaimana nama Nik Amar boleh dikaitkan dengan OBJ Trading?

Berikut dibawah adalah gambar-gambar perasmian dan pembukaan pejabat urusan OBJ Trading yang diadakan pada 31 December 2016 yang lepas.






Gambar-gambar ini diperolehi oleh pihak kami ketika meninjau laman FB OBJ Trading. Merasmikan pejabat urusan pada akhir december 2016, menutup premis perniagaan pada hujung februari 2017. Beroperasi tak sampai pun 2 bulan ye?


Individu dakwa melabur kerana program dirasmikan oleh Nik Amar




Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan. Apabila satu-satu syarikat dirasmikan oleh orang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan sudah tentu la secara tidak langsung akan menambat kepercayaan orang ramai untuk menyakini reputasi syarikat tersebut.

Dan ini adalah respon segera Nik Amar dalam menjawab dakwaan yang timbul di laman sosial.

Sila Klik Imej Untuk Paparan Yang Lebih Jelas

Selepas membaca respon Nik Amar, harus kami kata kami kurang gemar dengan jawapan yang diberikan kepada pihak media. Bagi pihak kami, Nik Amar mendedahkan kelemahan diri dan kerajaan yang diwakilinya. Adakah Nik Amar seseorang yang mudah diperdayakan? Inila yang kami fikirkan selepas membaca respon di atas.

Nik Amar bukanlah orang biasa yang sesiapa sahaja boleh menjemputnya menghadiri satu-satu program. Bukannya kita boleh secara biasanya membuat panggilan telefon dan dapat menjemputnya terus untuk hadir!

Untuk menjemput Nik Amar menghadiri satu-satu program, sudah tentu ada protokol rasmi yang perlu dilalui memandangkan Nik Amar membawa title Timbalan Menteri Besar Kelantan. 



Oleh kerana Nik Amar menafikan mempunyai kaitan dengan OBJ Trading sudah tentu kita fikir, bagaimana orang biasa-biasa seperti pemilik OBJ Trading ini mampu mempengaruhi Nik Amar sehingga beliau menghadiri program perasmian syarikat yang menipu orang ramai. Pelik tak, pelik bukan?


Program perasmian pun biasa-biasa je tapi tak sangka sampai TMB pun kena tipu bro!
 


Berani awak jual nama Nik Amar ya, tak pasal-pasal ada yang terpedaya.

Boss OBJ Trading
Satu lagi respon Nik Amar yang membuatkan usus kami hampir terburai ialah apabila Nik Amar menasihati orang ramai jangan mempercayai sindiket penipuan seperti itu dan berhati-hati dalam membuat sebarang pekerjaan dalam mencari rezeki yang halal.


Ehsan Google
Nasihat yang baik sudah tentu kami sokong. Malangnya secara tidak langsung tindakan kita sebenar lah yang mendorong orang lain menyakini syarikat tersebut dalam menjayakan penipuannya tau. Takan ini pun orang lain nak suarakan baru Nik Amar faham, betul tak?

Bagi meredakan ketegangan, adalah lebih baik jika kita bersemuka dengan pihak yang teraniaya dan mendengar masalah dan melantik seorang wakil kerajaan negeri bagi memantau perjalanan siasatan. Dalam pada itu harus juga Nik Amar menjalankan siasatan dalaman siapakah individu yang bertanggungjawab mempengaruhi beliau untuk merasmikan satu program yang menipu wang orang ramai.

Pihak kami faham kenapa program tersebut boleh menarik perhatian kerajaan negeri. Kerana inisiatif yang ditawarkan adalah baik untuk mereka yang duduk di rumah seperti suri rumah, pelajar atau mereka yang sakit dan tidak boleh keluar bekerja malangnya kerajaan negeri harus melakukan siasatan terperinci sebelum melibatkan diri dalam program seumpamanya. 

Jika Nik Amar begitu mudah diperdayakan oleh orang awam walaupun dirinya berstatus Timbalan Menteri Besar, bagaimana pula dengan permainan penipuan kolar putih, mampukah Nik Amar menghindari dari ditipu oleh golongan korporat yang lebih licik dalam melakukan penipuan? Kami percaya rakyat Kelantan kini sudah mula memikirkan tentang persoalan tersebut.